Posts

SHEIKH ISMAIL KASSIM PEJUANG SYAHADAH ANTARABANGSA

Image
Sheikh Dr. Ismail Kassim  seorang nama besar yang kian diterima di arena antarabangsa. Walaupun anak kelahiran Sabah ini sering difitnah dan dituduh sesat kerana ketegasan beliau dalam menyampaikan dakwah syahadah rukun islam pertama. Beliau tetap teguh terus berdiri tegak dalam usaha menyampaikan dakwah Syahadah ke seluruh dunia. Kejayaan demi kejayaan membawa kalimah syahadah ke persada dunia membuktikan usaha dakwah Sheikh Dr. Ismail Kassim kian diterima dimata dunia. Beliau sering menegaskan dalam banyak tausiyahnya, apa yang disampaikan oleh beliau bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah disampaikan oleh RasullAllah  ﷺ  sendiri selama 13 tahun iaitu ilmu dan amalan rukun islam pertama iaitu  Fa'lam annahu La ilaha illAllah (47:19).  Kemudian Rukun kedua solat, puasa, haji setelah hijrahnya nabi  ﷺ  ke Madinah Al-Munawarrah. Beliau hanya menyampaikan peringatan sepertimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanawataala "Sesungguhnya Ka...

AMALAN SUNNAH , COVER BUKU DAN PERINGATAN

Image
Bagaimana Menuruti Sunnah Baginda RasulAllah  ﷺ Bismillahirahmanirrahim,  Bismillahiramanirrahim, dengan karamah, kemuliaan mukjizat kalimah Bismillah, semoga penulisan ini menjadi peringatan bagi saya, menjadi asbab, manafaat kepada sesiapa sahaja yang membaca agar mencari khazanah ilmu syahadah sebagaimana firman ALLAH dalam Surah Muhammad ﷺ :  Fa’lam annahu la ilaha ilAllah. Writer's Block Ker Tazkiyah Rohani? Lama saya termenung dihadapan skrin sebelum dapat mencoretkan sebarang tulisan untuk tajuk ini. Pada mulanya saya hendak berkongsi tentang amalan amalan Sunnah yang boleh kita amalkan tetapi serba tak menjadi. Tulis, padam. Tulis dan padam kembali. Setiap kali ingin menulis saya rasa amat malu, terlalu tidak layak untuk mecoretkan tentang tinggalan kemuliaan Sunnah Insan Paling Teragung Sepanjang Zaman.  Mungkin ini tarbiah, tazkiyah dan peringatan buat saya betapa saya terlalu jauh dari Baginda RasulAllah ﷺ . Betapa saya se...

Sheikh Dr Ismail Hj Kassim – Difitnah Sesat, Tetapi Dunia Luar Menerimanya

Image
Dakwah Priority - Dakwah Tentang Apa? Fa'lam annahu LA ILAHA ILALLAH (47:19) Bismillahirrahmanirrahim, Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas (36:17) Sheikh Dr Ismail Hj Kassim adalah UlamaBillah Ahlulllah yang berdakwah dan mengembalikan kesedaran ummah akan pengabaian , peninggalan , kelupaan kita kepada asas dan tunjang Rukun Islam iaitu SYAHADAH .   Apakah negara negara yang telah beliau jejaki? Selain tanah air bumi Malaysia, Sheikh Dr Ismail Hj Kassim telah sampai ke lebih 40 negara yang dalam usaha menyampaikan tentang SYAHADAH samada secara bersendirian, bersama Jemaah dan bersama wakil di negara tersebut.  Beliau menjejaki kota-kota besar, juga ke kampung kampung di pendalaman untuk menyampaikan tentang syahadah. Sebahagian negara negara itu termasuklah Rumpun Nusantara Indonesia Brunei Singapura Thailand Cambodia Asia Tengah China Kembara ke China dan Hong...

AHLUL BAYT DIKASIHI BAGINDA ﷺ , DIMULIAKAN ALLAH

Image
AHLUL BAYT? AHLUL BAYT DIMULIAKAN ALLAH Kalau disebut Ahlul Bayt – apakah yang akan terdetik di benak fikiran anda? Kalau SYIAH- mungkin doktrin dan agenda mereka telah berjaya. Ketahuilah sekiranya kita memuliakan dan mengutamaan AHLUL BAYT BAGINDA ﷺ kita BUKAN SYIAH, tetapi kita menjaga warisan Baginda ﷺ yang amat Baginda ﷺ cintai.  Mari kita telusuri 20 hadith tentang kemuliaan AHLUL BAYT HADIS 1 Sa'id bin Manshur dalam kitab susunannya meriwayatkan dari Sa'id bin Jubair tentang firman Allah SWT dalam ayat ''Katakanlah, aku tidak meminta dari kalian sesuatu upahpun (atas seruanku) kecuali kasih sayang terhadap keluarga'' QS.42:23. Ia berkata, yang dimaksud keluarga dalam ayat itu adalah keluarga Rasulullah  ﷺ . HADIS 2 Ibnu Al Mundzir dan Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Murdawaih meriwayatkan dalam kitab tafsir mereka dan At Thobroni dalam Al Mu'jam Al Kabir dari Ibnu 'Abbas ra berkata: ketika turun ayat ini (QS.42:23) Para ...

WAHABI – PUAK YANG BIADAP TERHADAP BAGINDA ﷺ

Image
WAHABI SALAFI PENGASAS WAHABI- juga dikenali sebagai manhaj Salafi merujuk kepada golongan yang mengikut kerangka pemikiran "Muhammad Abdul Wahab" (1703-1792). Abdul Wahab telah memulakan reformasi dengan mengbida'ahkan banyak amalan yang kononya tidak dibuat Baginda Nabi ﷺ . Negara negara yang dikatakan dominan dengan fahaman Wahabi termasuklah Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin. MERUNTUHKAN  PENINGGALAN DAN ATHAR BAGINDA NABI ﷺ  Golongan Wahabi di Arab Saudi telah meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi ﷺ di Suqal-Lail di Mekah. Mereka berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala. Suqail Lail, yang terbiar- sangat menghampakan Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah radiallahuanha di Mualla, makam Saidina Hamzah radiallahu di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana mentafisr hadith Nabi ﷺ melarang membuat binaan di atas perkuburan.  Se...

ADA APA DENGAN SHEIKH DR ISMAIL HJ KASSIM?

Image
Ada apa dengan Sheikh Dr Ismail Hj Kassim? Bismillahiramanirrahim, dengan karamah, kemuliaan mukjizat kalimah Bismillah, semoga penulisan ini menjadi peringatan bagi saya, menjadi asbab, manafaat kepada sesiapa sahaja yang membaca agar mencari khazanah ilmu syahadah sebagaimana firman ALLAH dalam Surah Muhammad  ﷺ :   Fa’lam annahu la ilaha ilAllah. ISLAM KE? Sedikit soalan cepumas untuk menghubungkan sel sel otak?  Cuba semak, kalau di kad pengenalan anda tertulis sebagai seorang Islam - agak agaknya bila permulaan keIslaman kita itu? Bila ? Kad Pengenalan Islam, Tuan Badan Konfem Islam ke? Saat dalam perut emak? Saat dilahirkan? Saat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara JPN? Saat ustaz/ustazah mengajar tentang Rukun Islam di sekolah? Tak pasti? Hatta jawpan anda yang mana satu pun anda perlu ada nas, jelas dan boleh berhujah dan membuktikan BENAR SAYA SEORANG ISLAM! -kerana dalam aqidah dan tauhid tiada kompromi.  ...