WAHABI – PUAK YANG BIADAP TERHADAP BAGINDA ﷺ


WAHABI SALAFI

PENGASAS

WAHABI- juga dikenali sebagai manhaj Salafi merujuk kepada golongan yang mengikut kerangka pemikiran "Muhammad Abdul Wahab" (1703-1792). Abdul Wahab telah memulakan reformasi dengan mengbida'ahkan banyak amalan yang kononya tidak dibuat Baginda Nabi ﷺ . Negara negara yang dikatakan dominan dengan fahaman Wahabi termasuklah Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin.



MERUNTUHKAN  PENINGGALAN DAN ATHAR BAGINDA NABI ﷺ 

Golongan Wahabi di Arab Saudi telah meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi ﷺ di Suqal-Lail di Mekah. Mereka berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.

Suqail Lail, yang terbiar- sangat menghampakan



Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah radiallahuanha di Mualla, makam Saidina Hamzah radiallahu di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana mentafisr hadith Nabi ﷺ melarang membuat binaan di atas perkuburan. 

Sedang RasulAllah bersabda tentang kemuliaan Saidina Hamzah bahawa "Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh."
(Hadis Riwayat Al Hakim)

TIDAK MENGANJURKAN AGAR MENGASIHI DAN MEMERINGATI BAGINDA NABI ﷺ


Melarang orang menziarah makam Nabi dan berdoa menghadap ke situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah. 

Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa yang mendatangiku dengan tujuan ziarah, yang dia tidak punya keperluan lain kecuali untuk menziarahiku, maka hak bagi Allah untuk menjadikan aku sebagai orang yang memberinya syafaat di hari kiamat.” (Riwayat Ad-Daruquthni) 
Debu debu dan bayu Madinah yang berada di samping Baginda Nabi ﷺ lebih mulia dari kita- sedarlah!


Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh Nabi ﷺsendiri.

Kegembiraan karena hadirnya beliau adalah suatu yang diperintahkan oleh Al-qur'an. Allah berfirman :

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا

"Katakanlah : "Dengan karunia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira."(Q.S. Yunus :58)

Allah menyuruh kita untuk bergembira dengan rahmat-Nya, sedangkan ﷺ adalah rahmat Allah yang paling agung. Allah berfirman :

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

"Dan tiadalah kami mengutusmu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." (Q.S. Al-Anbiya 107)


Sollu alan Nabiy ﷺ

Sewajarnya kita bersyukur pada setiap helaan nafas pada setiap saat, berbahgia menjadi Ummah Baginda ﷺ insan termulia, kekasih Allah.

Peringatan untuk kita agar menghargai mencintai menyanjungi mengasihi Baginda Nabi ﷺ -kalau tak kita pun tak kurang macam puak wahabi ini


Comments

Popular posts from this blog

Sheikh Dr Ismail Hj Kassim – Difitnah Sesat, Tetapi Dunia Luar Menerimanya

ADA APA DENGAN SHEIKH DR ISMAIL HJ KASSIM?

AHLUL BAYT DIKASIHI BAGINDA ﷺ , DIMULIAKAN ALLAH