ADA APA DENGAN SHEIKH DR ISMAIL HJ KASSIM?
Ada apa dengan Sheikh Dr Ismail Hj Kassim?
Bismillahiramanirrahim, dengan karamah, kemuliaan mukjizat
kalimah Bismillah, semoga penulisan ini menjadi peringatan bagi saya, menjadi asbab,
manafaat kepada sesiapa sahaja yang membaca agar mencari khazanah ilmu syahadah
sebagaimana firman ALLAH dalam Surah Muhammad ﷺ :
Fa’lam annahu la ilaha ilAllah.
ISLAM KE?
Sedikit soalan cepumas untuk menghubungkan sel sel otak? Cuba semak, kalau di kad pengenalan anda tertulis sebagai
seorang Islam - agak agaknya bila permulaan keIslaman kita itu? Bila?
Kad Pengenalan Islam, Tuan Badan Konfem Islam ke? |
- Saat dalam perut emak?
- Saat dilahirkan?
- Saat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara JPN?
- Saat ustaz/ustazah mengajar tentang Rukun Islam di sekolah?
- Tak pasti?
Hatta jawpan anda yang mana satu pun anda perlu ada nas,
jelas dan boleh berhujah dan membuktikan BENAR SAYA SEORANG ISLAM! -kerana
dalam aqidah dan tauhid tiada kompromi.
RUKUN ISLAM ADA LIMA PERKARA
Kalau sel sel sinaps dah berhubung jom kita ulangkaji hadis
dibawah yang menerangkan tentang “pembinaan” Rukun Islam.
عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ
بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةُ
أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ وَإِقَامُ الصَّلاَةِ
وَإِيْتَاءُ الزَّكَاةِ وَحَجُّ الْبَيْتِ وَصَوْمُ رَمَضَانَ.
[رواه الترمذي ومسلم ]
Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Alh Khottob
radiallahuanhuma dia berkata: Saya mendengar Rasulullah ﷺ
bersabda: Islam dibangun di atas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada ILAH selain
Allah dan bahawa Nabi Muhammad ﷺ
utusan Allah, menegakkan Solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa
Ramadhan.
(Riwayat Tirmizi dan Muslim)
Jadi dari hadis tersebut dapat disimpulkan bahawa Islam
terbina dari 5 perkara,
- Bersyahadah (bersaksi) tiada ILAH melainkan ALLAH dan bahawa Nabi Muhammad ﷺ utusan Allah
- Menunaikan solat
- Menunaikan Zakat
- Melaksanakan Haji
- Menunaikan puasa
Kesemua rukun rukun ni ada ILMU dan ada AMAL nya.
Setuju?
.
.
.
.
.
.
Tapi di mana ILMU dan AMAL nya syahadah? Di mana?
SHEIKH DR ISMAIL HJ KASSIM MENYAMPAIKAN DAK’WAH SYAHADAH
Kalau anda perasan kuliah, rancangan agama di TV/Radio, majalah
dan penulisan Islamiah, banyak menyampaikan tentang ilmu dan amalnya bagi menyempurnakan
rukun yang kedua-keempat tapi rukun yang pertama kurang sekali pendedahan,
pengulangan, pengisian yang diberikan.
Disinilah SHEIKH DR ISMAIL HJ KASSIM memenuhi kekosongan
vacuum yang ditinggalkan ulama ulama lain. Beliau menyampaikan khazanah ilmu
tentang syahadah berdasarkan ayat dari surah Muhamad ﷺ
:19
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّـهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Maka ketahuilah (pelajarilah, tuntutlah ilmu), bahawa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal. (QS 47:19)
PROGRAM SHEIKH DR ISMAIL HJ KASSIM – MEMBAWA TRANSFORMASI 360
Saya adalah insan yang amat dan masih terlalu jahil namun ALHAMDULILLAH
setelah saya mendengar CD beliau dan menghadiri program-program Magnet Nafas,
Magnet Syahadah sehinggalah International Syahadah Conference yang terbaru pada
Julai 2017 yang lepas saya memperolehi kesedaran dan merasakan perubahan dalam
diri yang amat positif.
Bermula dengan kesedaran bahawa saya telah mengabaikan
perintah ALLAH selama ini yang menuntut kita supaya sentiasa bersyahadah, saya
mula mendalami dan jatuh cinta dengan ilmu syahadah.
- Secara tidak langsung membuatkan saya lebuh focus dalam kerja
- Mamahami nikmat bersyukur dengan segala kurniaan Allah
- Terasa lebih tenang, bahagia dan gembira
- Redha dan bersyukur dalam segala hal
Satu keistimewaan dan kelebihan menghadiri program Sheikh Dr
Ismail Hj Kasssim ialah beliau akan sentiasa berhujjah berdasarkan dalil Al
Quran dan Hadith. Semuanya akan dipamirkan di skrin projector untuk rujukan
segera para hadirin.
Beliau juga sering memberikan analogy yang mencetuskan
persoalan agar kita sentiasa merenung, mengkaji dan bertafakkur. Saya tak
pernah lupa analogy belian sewaktu ISC 2017 yang lalu.
Beliau mengibaratkan ilmu dan kefahaman seseorang tentang kalimah La ilaha ilAllah dengan keapungan ke dasar laut. Adakah seperti :
- Belon?
- Batu bata?
- Besi berat?
- Atau keberatan 7 petala langit dan bumi.
Today, the Muslim’s La ilaha ilAllah is like the balloon, you put on the ocean, (the) wind come it will fly. No effect. Once he learns Fa’lam annahu La ilaha ilAllah (Al Qur’aan, 47:19), it will slowly starts to sink. If our La ilaha ilAllah- every letter every word has Fa’lam annahu La ilaha ilAllah- it will sink and sink and sink and sink to Kalimah Bahr.
(Say, "If the sea were ink for [writing] the words of my Robb, the
sea would be exhausted before the words of my Robb were exhausted, even if We
brought the like of it as a supplement." Al Kahfi:109)
La ilaha ilAllah is Kalimah Robb, oceans of knowledge in this Kalimah La ilaha ilAllah. So today, we Muslims, me, I, is a soft balloon. Our La ilaha ilAllah is like a balloon -no impact on the heart”. –
Sheikh Dr Ismail Hj Kassim, 2nd day session of International Syahadah
Conference 2017
Selalunya para ulama akan cuba “mengumpan” kita dengan
alunan/nyanyian merdu dan lawak lawak hambar- tetapi Sheikh Dr Ismail Hj Kassim
menggunakan suara yang tegas dan lantang dalam menyampaikan tentang
mentauhdikan ALLAH. Itulah pada saya tarikan utama yang membuatkan saya terkedu
dan tergamam dan menimbulkan kesedaran dari dalam diri.
Tidak hairanlah seorang Ulama dari United Kingdom, Sheikh Ahmad Dabbagh menggelakan Sheikh Dr Ismail Hj Kassim sebagai “Sheikhul Syahadah”
Berkata benar, perjuangan Sheikh Dr Ismail Hj Kassim |
Yang nyata ramai masyarakat di luar sana mentohmah dan
mengfitnahkan Sheikh Dr Ismail Kassim seorang Ahli Syahadah yang menyampaikan kebenaran sebagai sesat , tanpa terlebih
dahulu menghadiri dan mendengar secara penuh, mana mana pengisian yang disampaikan
beliau.
Tuduhan sesat , menyeleweng ,
semua ini kebanyakkan nya datang dari pihak yang sekadar mencelup jari
kedalam air laut tetapi mendakwa telah kenal segala isi lautan. Ya begitulah
ibaratnya mereka ini.
Jadi tahun ini apa kata saya cabar anda semua, jom ke
International Syahadah Conference 12-12-2018 yang akan diteruskan kesinambunagn
di New Delhi India. Cuba keluar dari benak kepompong dan cabar diri anda untuk
mendengar sendiri dari ulama muktabar dan mahsyur dari seluruh dunia yang
mengiktiraf dan menerima dan menghormati Sheikh Dr Ismail Hj Kassim dan ini adalah bukti beliau tidak sesat!
Peringatan, terutamanya bagi mereka yang mengfitnah Ahli LA ILAHA ILALLAH |
alhamdulillah. mohon share
ReplyDelete