Sheikh Dr Ismail Hj Kassim – Difitnah Sesat, Tetapi Dunia Luar Menerimanya

Dakwah Priority - Dakwah Tentang Apa?


Sheikh Dr Ismail Hj Kassim
Fa'lam annahu LA ILAHA ILALLAH (47:19)

Bismillahirrahmanirrahim,



Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas (36:17)

Sheikh Dr Ismail Hj Kassim adalah UlamaBillah Ahlulllah yang berdakwah dan mengembalikan kesedaran ummah akan pengabaian, peninggalan, kelupaan kita kepada asas dan tunjang Rukun Islam iaitu SYAHADAH.  

Apakah negara negara yang telah beliau jejaki?

Selain tanah air bumi Malaysia, Sheikh Dr Ismail Hj Kassim telah sampai ke lebih 40 negara yang dalam usaha menyampaikan tentang SYAHADAH samada secara bersendirian, bersama Jemaah dan bersama wakil di negara tersebut. 

Sheikh Dr Ismail Hj Kassim sesat

Beliau menjejaki kota-kota besar, juga ke kampung kampung di pendalaman untuk menyampaikan tentang syahadah. Sebahagian negara negara itu termasuklah

Rumpun Nusantara
  • Indonesia
  • Brunei
  • Singapura
  • Thailand
  • Cambodia

Asia Tengah
  • China
Sheikh Dr Ismail Hj Kassim sesat

Sheikh Dr Ismail Hj Kassim sesat
Kembara ke China dan Hong Kong

  • India
Sheikh Dr Ismail Hj Kassim sesat
Di Perkampungan Vijaypur Samba, India

  • Pakistan
  • Bangladesh
  • Sri Lanka
Sheikh Dr Ismail Hj Kassim sesat
Kuliyyah Jumaat di sebuah Masjid di Colombo, Sri Lanka


Middle East North Africa (MENA Region)
  • Dubai
Sheikh Dr Ismail Hj Kassim sesat
Bersama Konsulat Malaysia di Dubai

  • Oman
  • Qatar
  • Arab Saudi
  • Mesir
  • Africa Selatan


Amerika Utara

Oceana
  • Australia
Sheikh Dr Ismail Hj Kassim sesat
Kembara ke Australia


 Kenapa beliau diterima?

  • Sheikh Dr Ismail Kassim sentiasa membicarakan tentang Kalimah Syahadah, sebuah cabangan ilmu yang membuatkan orang sentiasa berfikir dan tertarik untuk terus mendengar, beliau tidak sesat seperti dakwaan sesetengah puak yang jahil.
  • Perkongsian beliau penuh hikmah, tegas dan menyentuh jiwa, menusuk jauh ke dalam qalbu, menikam sanubari, menghidupkan hati yang telah “mati”
Sheikh Dr Ismail Hj Kassim sesat
Ketegasan Baginda

  • Maulid, selawat dan qasidah yang beliau sampaikan “berisi” mengakibatkan jujuran air mata kerinduan kepada Baginda
  • Sentiasa memperingatkan dan membawa kepada kasih sayang, cinta kepada Baginda , para Ahlul Bayt , sahabat sahabat Baginda
  • Berkeperibadian dan berakhlak tinggi.
  • Boleh berdamping dengan lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang termasuk yang tua dan yang muda.
Sheikh Dr Ismail Hj Kassim sesat
Program bersama kanak kanak


 Kenapa ada yang menolak?

Short answer: 

Orang kata, tak kenal maka tak cinta.

Long answer:

Mungkin banyak pihak dan individu di Malaysia yang tak senang duduk, panas telinga atau dipendekkan cerita “tidak kenal” siapa Sheikh Ismail Kassim yang sebenar dan apa yang didakwahkan beliau kerana sekadar mendengar melalui rantaian fitnah yang berterbangan dan turut sekapal mengfitnahnya sebagai sesat.

Justeru, mereka telah mula ada persepsi dan menolak “personaliti” Sheikh Dr Ismail Kassim dan melabelkan beliau sebagai sesat dan menutup segala ruang untuk beliau menyampaikan kebenaran.

Panahan fitnah " sesat " tidak pernah melunturkan semangat Sheikh Dr Ismail Kassim kerana beliau yakin ini adalah fitrah dalam menyampaikan perkara yang benar.

Syahadah yang haq harus disebarkan kepada semua Ummah, inilah perjuangan Baginda Nabi Muhammad dan 124,000 anbiya ul musaleen.


TERIMA ATAU TOLAK

Apabila kita mendengar pengisian tentang syahadah hanya akan ada dua perkara yang terjadi kepada diri kita.

  • ·         Kita mendengar, dan kita menerima.
  • ·         Kita mendengar, dan kita menolak.


Ketahuilah wahai sahabat sekalian, seandainya kita mendengar tentang kalimah syahadah La ilaha ilaAllah, dan kita mula berfikir, kita mula mencari, kita mula mengkaji dan kita mula menghayati maka kita sedang menuruti perintah Allah dalam surah Muhammad

FA’LAM ANNAHU LA ILAHA ILALLAH
FA’LAM ANNAHU LA ILAHA ILALLAH
FA’LAM ANNAHU LA ILAHA ILALLAH

Tetapi jika kita dari golongan yang apabila dikhabarkan tentang La ilaha ilAllah dan kita menolak maka kita lah dari kalangan yang difirmankan Allah sebagai


Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: "Laa ilaaha illAllah" mereka menyombongkan diri. (37:35)



Check kategori yang mana kita; TERIMA atau TOLAK? 

Apa agenda di luar negara?

Melalui misi jelajah dakwah dan silaturahim ke luar negara, Sheikh Dr Ismail Kassim mengajak pemimpin agama dan masyarakat, badan badan Islam, NGO dan organisasi, badan badan korporat dan institusi pendidikan tinggi dan rendah agar sama sama menegakkan, mengukuhkan pengisian Kalimah Syahadah kepada masyarakat dengan pengisian ilmu yang sebenar.



Selain itu kembara ke luar negara juga diisi dengan misi kemanusiaan khususnya memberi bantuan kepada golongan fakir dan kurang berkemampuan termasuklah program Sedeqah, Qurban, Aqiqah dan pelaksanaan Fidyah.
 
Sheikh Dr Ismail Hj Kassim sesat
Agihan Fidya di Assam, India

Sheikh Dr Ismail Hj Kassim sesat
Penyempurnaan Fidya


Selain itu, turut diadakan pengisian majlis tausiyyah tentang Ilmu Kalimah Syahadah, majlis zikir, majlis maulid selawat dan qasidah untuk Baginda Nabi Muhammad




Fitnah - Lumrah?


Bila tengok sejarah para ulama, awliyaAllah dan mujaddid yang menghidupkan iman dan menyampaikan kebenaran yang haq, mungkin trademark-nya mereka harus melalui penentangan, difinah dan dipulaukan termasuklah di negara sendiri contohnya;

Al Imam Sultanul Ariffin Abu Yazid Al Bustami, seorang wali Allah yang mahsyur dengan karamah dan menjadi guru kepada wali Allah difitnah sebagai sesat oleh pemerintah sendiri.

http://alkurawi.blogspot.my/2010/04/cabaran-imam-4-mazhab.html


Bediuzzaman Said Nursi , tokoh pejuang Turki yang, menentang pemerintahan secular Kamal At Tarturk, diusir dari Turki ke Barla, namun 'Risalah Al-Nur' (Risale-i Nur) karangan beliau hidup sehingga hari ini.

https://www.thepatriots.asia/badiuzzaman-said-nursi-ulama-pejuang-islam-turki/


Shaykh Muhammad al-Yaqoubi, seorang tokoh ulama Syria yang turut tersenarai dalam 500 – The World’s Most Influential Muslim yang mengajar ratusan ulama dan para imam di serata dunia dilarang menyampaikan kuliah di Syria sendiri.

https://www.facebook.com/pg/sacredknowledgewall/notes/?ref=page_internal


 Ditentang di negara sendiri, tetapi diterima di luar, inilah juga yang sedang dilalui oleh Sheikh Dr Ismail Kassim sehingga ke saat ini. 

Fikir dan renungkanlah (peringatan untuk penulis sendiri)

Kalau kita tidak hidup dengan syahadah, jangan ada sekelumit mimpi akhir kalam kita dengan lafaz syahadah.

Kalau kita menolak ahli syahadah, di mana lagi hendak kita perolehi mutiara ilmu syahadah.



----------------------------------- 


Ya ALLAH, terimalah penulisan kami sebagai hujjah dan saksi bahawa kami adalah orang yang telah merasai nikmat Iman melalui wasilah Mu, Sheikh Dr Ismail Kassim dengan ilmu La ilaha ilAllah.



Comments

  1. *۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞* ❤️❤️❤️💕

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADA APA DENGAN SHEIKH DR ISMAIL HJ KASSIM?

AHLUL BAYT DIKASIHI BAGINDA ﷺ , DIMULIAKAN ALLAH