AMALAN SUNNAH , COVER BUKU DAN PERINGATAN


Bagaimana Menuruti Sunnah Baginda RasulAllah 



Bismillahirahmanirrahim, 

Bismillahiramanirrahim, dengan karamah, kemuliaan mukjizat kalimah Bismillah, semoga penulisan ini menjadi peringatan bagi saya, menjadi asbab, manafaat kepada sesiapa sahaja yang membaca agar mencari khazanah ilmu syahadah sebagaimana firman ALLAH dalam Surah Muhammad ﷺ :

 Fa’lam annahu la ilaha ilAllah.



Writer's Block Ker Tazkiyah Rohani?



Lama saya termenung dihadapan skrin sebelum dapat mencoretkan sebarang tulisan untuk tajuk ini. Pada mulanya saya hendak berkongsi tentang amalan amalan Sunnah yang boleh kita amalkan tetapi serba tak menjadi.

Tulis, padam.
Tulis dan padam kembali.

Setiap kali ingin menulis saya rasa amat malu, terlalu tidak layak untuk mecoretkan tentang tinggalan kemuliaan Sunnah Insan Paling Teragung Sepanjang Zaman.  Mungkin ini tarbiah, tazkiyah dan peringatan buat saya betapa saya terlalu jauh dari Baginda RasulAllah ﷺ . Betapa saya sendiri tidak menunaikan; tidak menuruti dan tidak mengamalkan Sunnah Baginda RasulAllah ﷺ dalam sehari harian kehidupan. 


Sayalah insan munafik yang menyatakan cinta kepada RasulAllah ﷺ tetapi tidak kenal dan tidak berusaha untuk mengenal Baginda RasulAllah ﷺ dengan sebenar benar kenal. Tidak mengetahui hak hak dan kemuliaan Baginda RasulAllah ﷺ juga para Ahlul Baytnya. 

Ya Allah maafkan hamba yang munafik. Yang tidak sedar, lalai, lupa akan kemuliaan kekasihMu sedang nama suci Baginda RasulAllah ﷺ diabadikan sebaris dengan kalimah syahadahMu. ALLAHU AKBAR! 


Sheikh Dr Ismail Hj Kassim Tidak Sesat

Sunnah dan Syahadah- Dimana kaitannya?


Ini membuatkan saya teringat kepada kalam Sheikh Dr Ismail Hj Kassim seorang Ahlullah, Ulama dan DaieAllah yang pernah menulis dalam buku beliau yang bertajuk Kemanisan Iman “Iman ialah kepercayaan kepada yang ghaib, tanpa syahadah, ghaib itu ialah kegelapan”

Sheikh Dr Ismail Hj Kassim Tidak Sesat
Buku Kemanisan Iman Tulisan Sheikh Dr Ismail Hj Kassim


MasyaAllah pertama kali saya membaca ayat tersebut di cover depan buku ini, hati saya terus berkata “Benar”! 

Bagaimana kita boleh kata kita beriman kepada Allah dan RasulAllah ﷺ (beriman diatas Kalimah Syahadah) tetapi kita tidak mempelajari, menuntut dan mencari ilmu nya sebagaimana yang difirmankan dalam Surah Muhammad ﷺ 

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّـهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ ﴿١٩

Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah  selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.


Peringatan Untuk Saya


Jadi pada coretan kali ini, saya hanya mahu mengajak semua sahabat ke atas dua perkara ini.

Sheikh Ismail Kassim Tidak Sesat
Aku menyaksi tiada ILAH melainkan ALLAH dan aku menyaksi Muhammad ﷺ itu RasulAllah

  1. Lihat kalimah syahadah ini, lafazkannya dan tanya jauh kedalam diri- Ya Allah, benarkah, BENARKAH hamba sudah bersaksi dengan sebenar benar penyaksian?                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
  2. Yang kedua mari kita melazimi berselawat dan memberi salam penghormatan buat Baginda RasulAllah ﷺ dan menyakini dengan kasih sayang dan rahmat ALLAH, Baginda RasulAllah ﷺ menerima ucapan salam dan selawat tersebut.


Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad sallahu alaihi wassalam). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
[Al-Ahzab: 56]


اَللّـٰـهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَـيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى أٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allahumma salli ala sayyidina Muhammad (ﷺ) wa 'ala ali sayyidina Muhammad (ﷺ)

"Ya Allah, limpahkan selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ dan keluarga Nabi Muhammad ﷺ".




Semoga Allah mencambahkan Mahabbah kepada Sahibul Jannah, Baginda Nabi Muhammad ﷺ sallahu alaihiwassalam di dalam hati hati kita melalui Sunnah Baginda. 





Semoga sahabat dapat mendoakan anak buah saya Sophia Maisarah (dan mokciknya jugak) kekal istiqamah dengan hadiah selawat dan salam untuk Baginda dan menjadi pencinta Rasul yang sebenar

Comments

Popular posts from this blog

Sheikh Dr Ismail Hj Kassim – Difitnah Sesat, Tetapi Dunia Luar Menerimanya

ADA APA DENGAN SHEIKH DR ISMAIL HJ KASSIM?

AHLUL BAYT DIKASIHI BAGINDA ﷺ , DIMULIAKAN ALLAH