Posts

Showing posts from March, 2018

SHEIKH ISMAIL KASSIM PEJUANG SYAHADAH ANTARABANGSA

Image
Sheikh Dr. Ismail Kassim  seorang nama besar yang kian diterima di arena antarabangsa. Walaupun anak kelahiran Sabah ini sering difitnah dan dituduh sesat kerana ketegasan beliau dalam menyampaikan dakwah syahadah rukun islam pertama. Beliau tetap teguh terus berdiri tegak dalam usaha menyampaikan dakwah Syahadah ke seluruh dunia. Kejayaan demi kejayaan membawa kalimah syahadah ke persada dunia membuktikan usaha dakwah Sheikh Dr. Ismail Kassim kian diterima dimata dunia. Beliau sering menegaskan dalam banyak tausiyahnya, apa yang disampaikan oleh beliau bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah disampaikan oleh RasullAllah  ﷺ  sendiri selama 13 tahun iaitu ilmu dan amalan rukun islam pertama iaitu  Fa'lam annahu La ilaha illAllah (47:19).  Kemudian Rukun kedua solat, puasa, haji setelah hijrahnya nabi  ﷺ  ke Madinah Al-Munawarrah. Beliau hanya menyampaikan peringatan sepertimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanawataala "Sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi, pem

AMALAN SUNNAH , COVER BUKU DAN PERINGATAN

Image
Bagaimana Menuruti Sunnah Baginda RasulAllah  ﷺ Bismillahirahmanirrahim,  Bismillahiramanirrahim, dengan karamah, kemuliaan mukjizat kalimah Bismillah, semoga penulisan ini menjadi peringatan bagi saya, menjadi asbab, manafaat kepada sesiapa sahaja yang membaca agar mencari khazanah ilmu syahadah sebagaimana firman ALLAH dalam Surah Muhammad ﷺ :  Fa’lam annahu la ilaha ilAllah. Writer's Block Ker Tazkiyah Rohani? Lama saya termenung dihadapan skrin sebelum dapat mencoretkan sebarang tulisan untuk tajuk ini. Pada mulanya saya hendak berkongsi tentang amalan amalan Sunnah yang boleh kita amalkan tetapi serba tak menjadi. Tulis, padam. Tulis dan padam kembali. Setiap kali ingin menulis saya rasa amat malu, terlalu tidak layak untuk mecoretkan tentang tinggalan kemuliaan Sunnah Insan Paling Teragung Sepanjang Zaman.  Mungkin ini tarbiah, tazkiyah dan peringatan buat saya betapa saya terlalu jauh dari Baginda RasulAllah ﷺ . Betapa saya sendiri tidak men

Sheikh Dr Ismail Hj Kassim – Difitnah Sesat, Tetapi Dunia Luar Menerimanya

Image
Dakwah Priority - Dakwah Tentang Apa? Fa'lam annahu LA ILAHA ILALLAH (47:19) Bismillahirrahmanirrahim, Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas (36:17) Sheikh Dr Ismail Hj Kassim adalah UlamaBillah Ahlulllah yang berdakwah dan mengembalikan kesedaran ummah akan pengabaian , peninggalan , kelupaan kita kepada asas dan tunjang Rukun Islam iaitu SYAHADAH .   Apakah negara negara yang telah beliau jejaki? Selain tanah air bumi Malaysia, Sheikh Dr Ismail Hj Kassim telah sampai ke lebih 40 negara yang dalam usaha menyampaikan tentang SYAHADAH samada secara bersendirian, bersama Jemaah dan bersama wakil di negara tersebut.  Beliau menjejaki kota-kota besar, juga ke kampung kampung di pendalaman untuk menyampaikan tentang syahadah. Sebahagian negara negara itu termasuklah Rumpun Nusantara Indonesia Brunei Singapura Thailand Cambodia Asia Tengah China Kembara ke China dan Hong Kong