Posts

Showing posts from February, 2018

AHLUL BAYT DIKASIHI BAGINDA ﷺ , DIMULIAKAN ALLAH

Image
AHLUL BAYT? AHLUL BAYT DIMULIAKAN ALLAH Kalau disebut Ahlul Bayt – apakah yang akan terdetik di benak fikiran anda? Kalau SYIAH- mungkin doktrin dan agenda mereka telah berjaya. Ketahuilah sekiranya kita memuliakan dan mengutamaan AHLUL BAYT BAGINDA ﷺ kita BUKAN SYIAH, tetapi kita menjaga warisan Baginda ﷺ yang amat Baginda ﷺ cintai.  Mari kita telusuri 20 hadith tentang kemuliaan AHLUL BAYT HADIS 1 Sa'id bin Manshur dalam kitab susunannya meriwayatkan dari Sa'id bin Jubair tentang firman Allah SWT dalam ayat ''Katakanlah, aku tidak meminta dari kalian sesuatu upahpun (atas seruanku) kecuali kasih sayang terhadap keluarga'' QS.42:23. Ia berkata, yang dimaksud keluarga dalam ayat itu adalah keluarga Rasulullah  ﷺ . HADIS 2 Ibnu Al Mundzir dan Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Murdawaih meriwayatkan dalam kitab tafsir mereka dan At Thobroni dalam Al Mu'jam Al Kabir dari Ibnu 'Abbas ra berkata: ketika turun ayat ini (QS.42:23) Para

WAHABI – PUAK YANG BIADAP TERHADAP BAGINDA ﷺ

Image
WAHABI SALAFI PENGASAS WAHABI- juga dikenali sebagai manhaj Salafi merujuk kepada golongan yang mengikut kerangka pemikiran "Muhammad Abdul Wahab" (1703-1792). Abdul Wahab telah memulakan reformasi dengan mengbida'ahkan banyak amalan yang kononya tidak dibuat Baginda Nabi ﷺ . Negara negara yang dikatakan dominan dengan fahaman Wahabi termasuklah Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin. MERUNTUHKAN  PENINGGALAN DAN ATHAR BAGINDA NABI ﷺ  Golongan Wahabi di Arab Saudi telah meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi ﷺ di Suqal-Lail di Mekah. Mereka berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala. Suqail Lail, yang terbiar- sangat menghampakan Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah radiallahuanha di Mualla, makam Saidina Hamzah radiallahu di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana mentafisr hadith Nabi ﷺ melarang membuat binaan di atas perkuburan.  Sedang

ADA APA DENGAN SHEIKH DR ISMAIL HJ KASSIM?

Image
Ada apa dengan Sheikh Dr Ismail Hj Kassim? Bismillahiramanirrahim, dengan karamah, kemuliaan mukjizat kalimah Bismillah, semoga penulisan ini menjadi peringatan bagi saya, menjadi asbab, manafaat kepada sesiapa sahaja yang membaca agar mencari khazanah ilmu syahadah sebagaimana firman ALLAH dalam Surah Muhammad  ﷺ :   Fa’lam annahu la ilaha ilAllah. ISLAM KE? Sedikit soalan cepumas untuk menghubungkan sel sel otak?  Cuba semak, kalau di kad pengenalan anda tertulis sebagai seorang Islam - agak agaknya bila permulaan keIslaman kita itu? Bila ? Kad Pengenalan Islam, Tuan Badan Konfem Islam ke? Saat dalam perut emak? Saat dilahirkan? Saat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara JPN? Saat ustaz/ustazah mengajar tentang Rukun Islam di sekolah? Tak pasti? Hatta jawpan anda yang mana satu pun anda perlu ada nas, jelas dan boleh berhujah dan membuktikan BENAR SAYA SEORANG ISLAM! -kerana dalam aqidah dan tauhid tiada kompromi.  RUKUN ISLAM ADA LIM

KAUM YANG BERIMAN DISESATKAN SAMIRI | KISAH NABI HARUN عليه السلام

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada ILAH (yang hak) melainkan Aku [La Ilaha illAllah], maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku". [Surah Al Anbiya, 21 : 25] Mengisahkan Nabi Harun عليه السلام tidak lepas dari kisah Nabi Musa عليه السلام , kerana beliau adalah juru bicara Nabi Musa عليه السلام ketika menghadap Firaun ataupun umat Nabi Musa عليه السلام sendiri. Kisahnya ketika Nabi Musa عليه السلام berhasil membawa umatnya keluar dari wilayah Mesir dan selamat dari kejaran Firaun yang ingin membunuh mereka. Kini tibalah saatnya Nabi Musa عليه السلام untuk menerima wahyu dari Allah سبحانه و تعالى , beliau memerintahkan Nabi Harun عليه السلام agar menjaga umatnya, jangan sampai mereka kufur, lalu Nabi Musa عليه السلام naik ke gunung Thursina, untuk berkhalwat dan berpuasa

Padah Banjir Besar dan Kebuluran kerana Menolak Utusan Allah | Kisah Nabi Ilyas Alaihi Salam

Image
Padah Banjir Besar dan Kebuluran kerana Menolak Utusan Allah | Kisah Nabi Ilyas Alaihi Salam Nabi Ilyas عليه السلام diutus kepada penduduk Baalbek, sebelah barat Kota Damaskus (Libanon Timur sekarang). Dia mengajak kaumnya beribadah hanya kepada Allah dengan tidakan mensyirikkanNya dan meninggalkan penyembahan terhadap patung yang mereka namakan Ba`la. Hal inilah yang mengakibatkan mereka menganiayanya. Ibnu Abbas mengatakan bahwa Nabi Ilyas عليه السلام adalah paman Nabi Ilyasak عليه السلام . Dan Kami tidak mengutus sebelummu seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Ilah melainkan Aku (Laa ilaha IllAllah); oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".(Surah Anbiya 21:25) namun betapapun gigihnya  Nabi Ilyas عليه السلام berdakwah, kaumnya tidak mau mendengarkannya. Maka Allah menghukum mereka dengan azab didunia dan akhirat. Selepas kematian  Sulaiman عليه السلام , kerajaan telah mengalami perpecahan. Pengaruh syaitan