SHEIKH ISMAIL KASSIM PEJUANG SYAHADAH ANTARABANGSA

Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesat


Sheikh Dr. Ismail Kassim seorang nama besar yang kian diterima di arena antarabangsa. Walaupun anak kelahiran Sabah ini sering difitnah dan dituduh sesat kerana ketegasan beliau dalam menyampaikan dakwah syahadah rukun islam pertama. Beliau tetap teguh terus berdiri tegak dalam usaha menyampaikan dakwah Syahadah ke seluruh dunia.

Kejayaan demi kejayaan membawa kalimah syahadah ke persada dunia membuktikan usaha dakwah Sheikh Dr. Ismail Kassim kian diterima dimata dunia. Beliau sering menegaskan dalam banyak tausiyahnya, apa yang disampaikan oleh beliau bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah disampaikan oleh RasullAllah  ﷺ  sendiri selama 13 tahun iaitu ilmu dan amalan rukun islam pertama iaitu Fa'lam annahu La ilaha illAllah (47:19). Kemudian Rukun kedua solat, puasa, haji setelah hijrahnya nabi  ﷺ  ke Madinah Al-Munawarrah. Beliau hanya menyampaikan peringatan sepertimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanawataala

"Sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan,"
(Surah 48:8)

World Sufi Forum 2016

Penganjuran World Sufi Forum yang telah berlangsung di New Delhi 2016 merupakan salah satu tanda kejayaan dalam usaha Sheikh Dr. Ismail Kassim menyampaikan dakwah kalimah Syahadah La ilaha illAllah Muhammadur RasulAllah  ﷺ . Sheikh Dr. Ismail merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang dihadiri dari ribuan ulama seluruh dunia. Dalam ucapan pendek hanya lebih kurang 10 menit, rata-rata audien mengatakan ucapan beliau sangat memberi impak kepada dalaman mereka tentang kepentingan Syahadah rukun islam pertama yang selama ini diabaikan.


Baca lanjut disini 

Comments

Popular posts from this blog

Sheikh Dr Ismail Hj Kassim – Difitnah Sesat, Tetapi Dunia Luar Menerimanya

ADA APA DENGAN SHEIKH DR ISMAIL HJ KASSIM?

AHLUL BAYT DIKASIHI BAGINDA ﷺ , DIMULIAKAN ALLAH