Nabi Yahya عليه السلا Yang Zuhud Menjadi Sebutan Baginda ﷺ
"Hai Yahya, ambilah al-Kitab (Taurat) itu
dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih
anak-anak, dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian
(dari dosa). Dan ia adalah seorang yang bertakwa, dan banyak berbakti kepada
kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong dan derhaka.
Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari itu ia
meninggal dan pada hari ia dibangkitkan kembali." (QS. Maryam: 12-15)
"Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi
khabar gembira kepadamu akan (memperoleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang
sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia."
(QS. Maryam: 7)
Inilah Yahya seorang Nabi yang Allah سبحانه و تعالى yang ber syahadah bahawa
sebelumnya tak seorang pun yang serupa dengannya. Yaitu seorang Nabi yang Allah
سبحانه و تعالى berkata tentangnya:
"Dan rasa belas kasihan yang mendalam dari
sisi Kami." (QS. Maryam: 13)
Sebagaimana Khidir diberi ilmu dari sisi Allah سبحانه و تعالى, maka Yahya عليه السلام diberi rasa cinta dari sisi Allah سبحانه و تعالى. Al-Hanan ialah ilmu yang luas yang
terkandung di dalamnya sesuatu kecintaan yang dalam terhadap makhluk dan alam.
Hanan ialah salah satu dari tingkat cinta yang bersumber dari ilmu.
Nabi Yahya عليه السلام adalah seorang Nabi yang menjadi cermin dari ibadah, zuhud, dan
cinta. Nabi Yahya mengungkapkan cinta kepada semua makhluk. Ia dicintai oleh
manusia, burung-burung, binatang buas, bahkan gurun dan gunung. Darah Nabi
Yahya tertumpah ketika beliau berusaha mempertahankan kebenaran yang
disampaikannya di istana raja yang lalim. Peristiwa tragis itu berkaitan dengan
seorang penari pelacur. Para ulama banyak menyebutkan keutamaan Yahya. Yahya
hidup sezaman dengan Nabi Isa dan termasuk kerabat dekatnya dari sisi ibu (anak
bibinya).
Ada hadis yang meriwayatkan bahawa Yahya عليه
السلا
dan Isa عليه السلا pernah bertemu pada suatu hari.
Lalu Isa berkata kepada Yahya, “Mintakanlah ampun
bagiku wahai Yahya. Sesungguhnya engkau lebih baik daripada aku”.
Yahya berkata: "Mintakanlah ampun bagiku
wahai Isa kerana engkau lebih baik daripada aku."
Isa berkata: "Tidak, engkaulah yang lebih
baik daripada aku. Engkau mengucapkan salam kepadaku sedangkan Allah سبحانه و تعالى mengucapkan salam kepadamu."
Kisah tersebut menunjukkan keutamaan Yahya ketika
Allah سبحانه و تعالىmenyampaikan salam
kepadanya pada hari ia dilahirkan, pada hari ia mati, dan pada hari ia
dibangkitkan kembali dalam keadaan hidup. Diriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ pernah pergi dan menemui para sahabatnya. Pada suatu hari,
beliau mendapati mereka sedang menyebut-nyebut keutamaan para nabi. Ada yang
mengatakan, Musa kalimullah (seorang nabi yang diajak bicara oleh Allah سبحانه و تعالى). Ada yang mengatakan, Isa ruhullah
(tiupan roh Allah سبحانه و تعالى). Dan ada juga yang mengatakan, Ibrahim khalilullah
(seorang kekasih Allah سبحانه
و تعالى).
Demikianlah para sahabat berbicara tentang para nabi lalu Rasulullah ﷺ menemui mereka. Ketika Rasulullah ﷺ mendapati mereka tidak menyebut nama Yahya, baginda berkata: "Di manakah putera seorang syahid yang mendapatkan banyak penderitaan, yang memakan pohon kerana takut dosa, di manakah Yahya bin Zakaria."
Sementara itu, datanglah musim semi di Palestina
dan bumi tampak semakin menghijau dan langit semakin terang. Bulan dengan
cahayanya menembus puncak-puncak pohon dan kebun. Bunga-bunga mawar dan jeruk
semakin berkembang dan baunya tersebar ke udara. Dan burung- burung yang sedang
berterbangan tampak bernyanyi dan melantunkan lagu-lagu kegembiraan di
tengah-tengah suasana yang ceria dan penuh keindahan.
Kemudian lahirlah Yahya. Kelahiran Yahya dipenuhi
banyak mukjizat. Beliau lahir pada saat ayahnya Zakaria berusia lanjut sehingga
tampak seakan-akan ia putus asa kerana tidak akan mempunyai keturunan. Beliau
lahir melalui doa yang suci yang bersumber dari hati Nabi Zakaria yang suci dan
tulus. Nabi Yahya lahir di tengah-tengah masa yang dipenuhi dengan puncak
kesucian sebagaimana juga dihiasi dengan puncak kelaliman. Maryam adalah simbol
puncak kesucian di zamannya. Mihrabnya penuh dengan bau yang harum yang
memancarkan kalimat- kalimat solat yang terus menerus dan zikir yang bersumber
dari hati yang suci. Masjid tampak dipenuhi dengan gelombang orang-orang yang
solat dan orang-orang mukmin yang berzikir. Namun nun jauh di sana kezaliman
tetap membunyikan genderangnya.
Yahya dilahirkan dan masa kecilnya tidak seperti
lazimnya masa yang dilalui oleh anak-anak. Umumnya anak-anak saat itu bermain
hal-hal yang tidak berguna, sedangkan Yahya tampak serius sejak beliau kecil.
Anak-anak kecil saat itu merasa senang dan terhibur ketika mereka menyeksa
binatang, sementara Yahya justru memberi makan bintang- binatang dan burung
dari makanannya sebagai bentuk belas kasihan darinya, bahkan terkadang Yahya
sendiri makan dari daun-daun pohon atau buahnya. Ketika beliau menginjak usia
dewasa, maka cahaya wajahnya semakin bersinar dan hatinya penuh dengan hikmah
dan cinta kepada Allah SWT serta kedamaian. Yahya adalah seseorang yang
menyukai membaca sejak usia dini. Beliau rajin membaca dan menggali ilmu.
Ketika beliau masih kecil, Allah سبحانه و تعالى memanggilnya: "Hai Yahya, ambilah
al-Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah
selagi ia masih anak-anak."
Yahya mendapatkan perintah saat beliau masih kecil untuk mengambil Kitab
dengan kekuatan. Yakni, hendaklah ia belajar kitab dengan penuh ketelitian,
Yaitu kitab syariat. Allah سبحانه و تعالى memberinya kemampuan
untuk mengetahui syariat dan memutuskan perkara manusia saat beliau masih
kecil. Yahya adalah orang yang paling alim di zamannya dan paling banyak
menerima hikmah. Beliau mempelajari syariat secara sempurna. Oleh kerana itu,
Allah سبحانه و تعالى memberinya kekuasaan saat beliau masih kecil. Beliau mampu
menyelesaikan persoalan di antara manusia dan menjelaskan mereka rahsia-rahsia
agama, bahkan beliau mengenalkan mereka jalan kebenaran dan mengingatkan mereka
dari jalan kesalahan atau kebatilan. Kemudian Yahya semakin dewasa dan ilmunya
makin bertambah serta kasih sayangnya pun makin meningkat, baik kepada kedua
orang tuanya mahupun kepada binatang. Kasih sayang Nabi Yahya meliputi segala sesuatu.
Beliau mengajak manusia untuk bertaubat dari dosa
mereka; beliau memandikan mereka di sungai Jordania agar mereka menyucikan diri
mereka dengan taubat; beliau mengajak mereka untuk menyembah Allah سبحانه و تعالى.
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad ﷺ) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada ILAH melainkan Aku; (LA ILAHA ILALLAH) oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu". (Al Anbiya : 25)
Di sana tidak terdapat seseorang yang tidak suka
kepada Yahya atau menginginkan keburukan baginya. Yahya adalah seseorang yang
sangat dicintai oleh masyarakatnya kerana ia memang seorang yang penyayang,
seorang yang bertakwa, seorang yang alim, dan seorang yang berbudi mulia.
Beliau keluar dan pergi ke gunung dan kebun bahkan gurun dan tinggal di
dalamnya selama berbulan-bulan untuk menyembah Allah SWT dan menangis di
hadapan-Nya serta solat. Beliau merasakan kedamaian di daratan, bahkan beliau
tidak memperhatikan makanannya. Beliau makan dari daun-daun pohon dan minum
dari air sungai. Bahkan beliau makan belalang dan juga rumput. Beliau tidur di
gua mana pun yang ditemuinya di gunung dan lubang mana pun yang didapatinya di
bumi.
Terkadang beliau masuk di suatu gua gunung lalu
beliau menemukan binatang buas di dalamnya seperti serigala atau singa namun
kerana kesibukannya dan konsentrasinya saat berzikir kepada Allah SWT dan solat
sehingga beliau tidak lagi memperhatikan serigala atau singa. Serigala dan
singa itu melihat Nabi Yahya lalu mereka mengetahui bahawa ini adalah seorang
Nabi Allah سبحانه و
تعالى yang sangat berbelas kasih kepada binatang, maka binatang-binatang
buas itu menundukkan kepalanya dan meninggalkan tempat itu dengan tenang
sehingga Nabi Yahya tidak mendengar suara mereka.
Pada kesempatan yang lain, Nabi Yahya memberi
makan binatang- binatang buas dengan penuh kasih sayang. Bahkan beliau tidak
makan di malam harinya kerana makanannya diberikan kepada binatang-binatang
itu. Beliau merasa puas saat menjadikan solat dan zikir sebagai makanan dari
hatinya sebelum beliau memberi makanan pada tubuhnya. Beliau makan dari
daun-daun pohon. Beliau bermalam atau bergadang dalam keadaan air matanya
berlinangan saat berzikir kepada Allah سبحانه و تعالى dan tenggelam dalam
lautan cinta dan bersyukur kepada-Nya. Ketika Nabi Yahya berdiri di depan
manusia untuk mengajak mereka menyembah Allah سبحانه و تعالى, maka beliau mampu membuat mereka menangis
kerana cinta dan khusyuk. Beliau mampu mempengaruhi hati mereka dengan
kebenaran yang dibawanya dan beliau menampakkan bahawa beliau memang dekat
dengan Allah سبحانه
و تعالى.
Begitulah keperibadian Nabi Yahya yang sangat
zuhud dan mentauhidkan Allah سبحانه و تعالى
Comments
Post a Comment